Saturday, 20 January 2024

Pejuang Melayu : Mat Kelantan

 Mat Kelantan 

Mat Kelantan ataupun nama sebenarnya Muhammad Bin Saman yang berasal/menetap di Kampung Kangkong Pasir Mas Kelantan , adalah diantara Pahlawan yang terlibat dalam perjuangan Dato Bahaman , Mat Kilau , Tok Janggut , Tok Gajah Dan lain-lainnya dalam penentangan British. Di antaranya adalah ketika peristiwa Jeram Ampai. 


Usianya sebaya dengan Sayyid Tokku Paloh , Tokku Paloh lahir pada Tahun 1817 dan meninggal pada Tahun 1917, Manakala Mat Kelantan juga lahir pada Tahun 1817 , Beliau dikurniakan umur yang panjang , Ketika Malaysia digemparkan dengan kemunculan Mat Kilau pada Tahun 1969, Mat Kelantan adalah antara orang yang dijemput oleh Kerajaan Pahang untuk mengesahkan identiti Mat Kilau , Dan ketika itu usianya sudah 152 Tahun. 


Ada satu catatan dari amalan "Gerak Mat Kilau" yang di'ijazahkan oleh Mat Kilau kepada menantunya yang juga muridnya iaitu Haji Abu Bakar , Tercatit akannya tawasul , Dan diantara nama-nama yang ditawasulkan adalah Syeikh Muhammad Saman iaitu Mat Kelantan , Ini jelas menunjukkan Mat Kelantan adalah guru kepada Mat Kilau. 


 



MAT KELANTAN GURU MAT KILAU

Sejarah tercatit, Mat Kilau dan sahabat2nya melarikan diri setelah diasak dan diburu oleh penjajah British. Persinggahan pertamanya adalah di Kuala Terengganu. Diangkat semangat perjuangan dan jihad yang kian luntur oleh Tok Ku Paloh. Kemudian setelahnya keberangkatan Mat Kilau dan lain2 ke Kelantan. Dalam mencari perlindungan. Disinilah titik pertemuan kedua pahlawan hebat ini. Yakni Mat Kilau dan Mat Kelantan.

Satu catatan dari Amalan Gerak Mat Kilau. Yang diterima ijazahnya oleh Haji Abu Bakar Awang, yakni menantu Mat Kilau. Tercatit akannya tawasul. Dan diantara nama2 yang ditawasulkan. Adalah ia 'Syekh Muhammad Saman r.a. '. Sekaligus menjadi bukti Mat Kilau menerima sanad ilmu dari gurunya. Yakni Mat Kelantan. (Catatan amalan gerak Mat Kilau ini Tok Bah terima dari seorang sahabat)

KEMATIAN TOK JANGGUT

 

Mat Kelantan mempunyai banyak rahsia yang disimpannya , Beliau telah lama tahu bahwa Tok Janggut itu tidak mati dibunuh seperti yang diwar-warkan pihak British dahulu , Buktinya adalah pantun yang diucapkan oleh Mat Kelantan dahulu yang berbunyi ,   

Dikata orang mati ditikam,
Mayatnya pula diarak panjang,
Dikata orang dimakam di Pasir Pekan,
Bukanlah dia bukanlah bukan

Leluhur terdahulu menurunkan dari lisan. Bahawa Tok Janggut itu menghadap Ilahi saat beliau sedang menggobek sireh. Bukan kerana dibunuh. Hanya tiga orang yang menguruskan jenazahnya. Mat Kelantan, anak sulong Tok Janggut dan seorang muridnya. Jenazah dikebumikan di daerah kelahirannya.

AKHIR KALAM

Sejarah Mat Kelantan hingga kini masih dikaburi misteri. Kehilangannya masih dikhuatiri. Kematiannya masih menyepi. Malah hidupnya mungkin tersembunyi. Wallahualam


No comments:

Post a Comment