Saturday, 20 January 2024

Penemuan rangka manusia 14,000 tahun di Kelantan

 Satu rangka manusia telah ditemui dalam kedudukan janin bersama beberapa artifak ketika kerja-kerja penggalian dijalankan di Gua Keledung Kecil di Lembah Nenggiri Kelantan.


Ia menunjukkan bahawa kawasan Nenggiri telah didiami 14,000 tahun dahulu, menjadikan tapak itu lebih tua daripada tempat lelaki Perak ditemui sebelum ini.




RANGKA manusia prasejarah berusia 14,000 tahun yang ditemui di Gua Keledung Kecil, Lembah Nenggiri  di sah kan seorang wanita berdasarkan penemuan bahan alat solek pada tangan kirinya.

Wanita prasejarah itu dipercayai daripada kelompok masyarakat hoabinhian yang menghuni kawasan Hulu Kelantan dan kedudukan rangkanya ketika ditemui berada dalam keadaan mengiring serta melengkung sepenuhnya menghadap arah barat daya.


Ekskavasi di Gua Keledung Kecil adalah antara usaha bagi menyelamatkan khazanah warisan purba di Lembah Nenggiri yang sebahagiannya dijangka akan tenggelam sepenuhnya apabila Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027.
Projek berkenaan dijangka menenggelamkan gua yang mempunyai warisan arkeologi seperti Gua Cha, Gua Chawan, Gua Kecil, Gua Lubang Kelawar (Batu Tambah), Gua Keledung, Gua Rahmat, Gua Gemalah dan Gua Kelew.
Menjelaskan lebih lanjut, Zuliskandar berkata, pasukan ekskavasi UKM yang turut dibantu Pembantu Muzium Kanan Tertinggi Bahagian Arkeologi Jabatan Warisan Negara (JWN) Khairil Amri Abdul Ghani dan Pembantu Operasi Konservasi JWN Abdul Ghafar Abdul Ghani perlu berhati-hati ketika mengeluarkan rangka manusia yang dipercayai lebih tua daripada Perak Man yang sebelum ini dianggarkan wujud sejak 10,000 hingga 11,000 tahun yang lalu.




Pejuang Melayu : Mat Kelantan

 Mat Kelantan 

Mat Kelantan ataupun nama sebenarnya Muhammad Bin Saman yang berasal/menetap di Kampung Kangkong Pasir Mas Kelantan , adalah diantara Pahlawan yang terlibat dalam perjuangan Dato Bahaman , Mat Kilau , Tok Janggut , Tok Gajah Dan lain-lainnya dalam penentangan British. Di antaranya adalah ketika peristiwa Jeram Ampai. 


Usianya sebaya dengan Sayyid Tokku Paloh , Tokku Paloh lahir pada Tahun 1817 dan meninggal pada Tahun 1917, Manakala Mat Kelantan juga lahir pada Tahun 1817 , Beliau dikurniakan umur yang panjang , Ketika Malaysia digemparkan dengan kemunculan Mat Kilau pada Tahun 1969, Mat Kelantan adalah antara orang yang dijemput oleh Kerajaan Pahang untuk mengesahkan identiti Mat Kilau , Dan ketika itu usianya sudah 152 Tahun. 


Ada satu catatan dari amalan "Gerak Mat Kilau" yang di'ijazahkan oleh Mat Kilau kepada menantunya yang juga muridnya iaitu Haji Abu Bakar , Tercatit akannya tawasul , Dan diantara nama-nama yang ditawasulkan adalah Syeikh Muhammad Saman iaitu Mat Kelantan , Ini jelas menunjukkan Mat Kelantan adalah guru kepada Mat Kilau. 


 



MAT KELANTAN GURU MAT KILAU

Sejarah tercatit, Mat Kilau dan sahabat2nya melarikan diri setelah diasak dan diburu oleh penjajah British. Persinggahan pertamanya adalah di Kuala Terengganu. Diangkat semangat perjuangan dan jihad yang kian luntur oleh Tok Ku Paloh. Kemudian setelahnya keberangkatan Mat Kilau dan lain2 ke Kelantan. Dalam mencari perlindungan. Disinilah titik pertemuan kedua pahlawan hebat ini. Yakni Mat Kilau dan Mat Kelantan.

Satu catatan dari Amalan Gerak Mat Kilau. Yang diterima ijazahnya oleh Haji Abu Bakar Awang, yakni menantu Mat Kilau. Tercatit akannya tawasul. Dan diantara nama2 yang ditawasulkan. Adalah ia 'Syekh Muhammad Saman r.a. '. Sekaligus menjadi bukti Mat Kilau menerima sanad ilmu dari gurunya. Yakni Mat Kelantan. (Catatan amalan gerak Mat Kilau ini Tok Bah terima dari seorang sahabat)

KEMATIAN TOK JANGGUT

 

Mat Kelantan mempunyai banyak rahsia yang disimpannya , Beliau telah lama tahu bahwa Tok Janggut itu tidak mati dibunuh seperti yang diwar-warkan pihak British dahulu , Buktinya adalah pantun yang diucapkan oleh Mat Kelantan dahulu yang berbunyi ,   

Dikata orang mati ditikam,
Mayatnya pula diarak panjang,
Dikata orang dimakam di Pasir Pekan,
Bukanlah dia bukanlah bukan

Leluhur terdahulu menurunkan dari lisan. Bahawa Tok Janggut itu menghadap Ilahi saat beliau sedang menggobek sireh. Bukan kerana dibunuh. Hanya tiga orang yang menguruskan jenazahnya. Mat Kelantan, anak sulong Tok Janggut dan seorang muridnya. Jenazah dikebumikan di daerah kelahirannya.

AKHIR KALAM

Sejarah Mat Kelantan hingga kini masih dikaburi misteri. Kehilangannya masih dikhuatiri. Kematiannya masih menyepi. Malah hidupnya mungkin tersembunyi. Wallahualam


Tempat Wajib Melawat di Machang Kelantan

 3. Pasar Minggu Isnin ( Pasa Sena)

Pasar Sena Machang di buka pada setiap hari Isnin jam 7.00 pagi hingga ke 1.00 petang. Machang pula terletak di jalan Kuala Krai - Kota Bharu dan jalan Grik-Pasir Puteh. Ianya terletak tengah pekan/bandar Machang di jalan menuju ke UITM Machang. Lokasinya berdekatan berhampiran dengan Pasar Besar Machang; salah satu lokasi menarik untuk dikunjungi. Pelbagai hasil makanan keluaran tempatan seperti keropok lekor, ikan kering, keropok keping dan macam-macam lagi pada harga yang berpatutan. Terdapat juga kelas agama yang diadakan di Masjid Machang untuk kaum-kaum ibu pada hari yang sama.   Apa yang menarik di pasar ini ialah harga barangan niaganya yang sangat murah terutma pakaian , baju, kain pasang, peralatan dapur.







Tempat Wajib Melawat di Machang Kelantan

 2. Taman Eko-Rimba Bukit Bakar


Hutan Lipur Bukit Bakar, terletak di Machang  kelantan. Ianya terletak 13 kilometer dari bandar Machang, Kelantan dan 63 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu adalah sebuah lata atau sungai berjeram. Keluasan hutan lipur ini ialah 3.14 hektar terletak didalam kompatmen 6 hutan simpan Ulu Sat.

 

Hutan Lipur ini sesuai dikunjungi oleh keluarga sebagai tempat beristirehat. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan seperti taman kanak-kanak, pondok rehat, kolam mandi, jambatan gantung, tandas awam disamping sungai yang mengalir, kehijauan hutan hujan tropika serta flora dan fauna. Tiada bayaran dikenakan. Masa melawat ialah jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang.






di sini juga adalah syurga kepada mereka yang suka HIKING kerana permandangan flora fauna yang sangat menarik.
















Wednesday, 17 January 2024

Tempat Wajib Melawat di Machang Kelantan

 Jika berpeluang ke Machang Kelantan . Jangan lupa singgah di


1. Agro Resort Lata Mengaji 

SIAPA sangka di sebalik kedudukan lokasi yang tersorok di balik hutan belantara dan laluan jalan kampung, tersembunyi  syurga pelancung. tarikan pelancongan  di daerah Pasir Puteh ,Kelantan, tetapi pintu masuk nya di bahagian machang 
Lokasi menarik ini terletak di Jeram Mengaji Agro Resort, kira-kira enam kilometer dari Selising dan kira-kira 20 kilometer dari Bandar Machang.

Selain keindahan panorama semula jadi, Jeram Mengaji turut dianugerahkan jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan rekreasi keluarga. 














Malah, di sini juga terdapat pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu, kambing diperah segar di gerai penduduk tempatan yang dicat bertemakan tompokan warna hitam putih seperti lembu Holstein, lembu tenusu paling banyak diternak seluruh dunia. Kemudahan surau dan tandas awan juga lengkap tersedia di sini utk kegunaan para pengunjung. 





Aktiviti yang boleh di lakukan di Agro Resort Lata Mengaji