Saturday 20 January 2024

Penemuan rangka manusia 14,000 tahun di Kelantan

 Satu rangka manusia telah ditemui dalam kedudukan janin bersama beberapa artifak ketika kerja-kerja penggalian dijalankan di Gua Keledung Kecil di Lembah Nenggiri Kelantan.


Ia menunjukkan bahawa kawasan Nenggiri telah didiami 14,000 tahun dahulu, menjadikan tapak itu lebih tua daripada tempat lelaki Perak ditemui sebelum ini.




RANGKA manusia prasejarah berusia 14,000 tahun yang ditemui di Gua Keledung Kecil, Lembah Nenggiri  di sah kan seorang wanita berdasarkan penemuan bahan alat solek pada tangan kirinya.

Wanita prasejarah itu dipercayai daripada kelompok masyarakat hoabinhian yang menghuni kawasan Hulu Kelantan dan kedudukan rangkanya ketika ditemui berada dalam keadaan mengiring serta melengkung sepenuhnya menghadap arah barat daya.


Ekskavasi di Gua Keledung Kecil adalah antara usaha bagi menyelamatkan khazanah warisan purba di Lembah Nenggiri yang sebahagiannya dijangka akan tenggelam sepenuhnya apabila Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027.
Projek berkenaan dijangka menenggelamkan gua yang mempunyai warisan arkeologi seperti Gua Cha, Gua Chawan, Gua Kecil, Gua Lubang Kelawar (Batu Tambah), Gua Keledung, Gua Rahmat, Gua Gemalah dan Gua Kelew.
Menjelaskan lebih lanjut, Zuliskandar berkata, pasukan ekskavasi UKM yang turut dibantu Pembantu Muzium Kanan Tertinggi Bahagian Arkeologi Jabatan Warisan Negara (JWN) Khairil Amri Abdul Ghani dan Pembantu Operasi Konservasi JWN Abdul Ghafar Abdul Ghani perlu berhati-hati ketika mengeluarkan rangka manusia yang dipercayai lebih tua daripada Perak Man yang sebelum ini dianggarkan wujud sejak 10,000 hingga 11,000 tahun yang lalu.




No comments:

Post a Comment